Bicara Mengenai Solat Berjemaah

"Bandar yang di dalamnya terdapat lebih banyak masjid daripada gedung perniagaan adalah lebih diberkati".



Dalil tentang amat kuatnya tuntutan berjemaah itu ialah apa yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Muslim, bahawa:


Rasulullah s.a.w pernah mengancam untuk membakar rumah orang yang meninggalkan solat berjemaah.


Imam Muslim pula meriwayatkan hadith daripada Abu Hurairah r.a:


Ada seorang lelaki buta telah datang mengadu kepada Nabi s.a.w bahawa dia tidak mempunyai orang yang boleh memimpinnya pergi ke masjid. Oleh itu dia mengharapkan Baginda memberi kelonggaran kepadanya untuk bersolat di rumahnya. Pada mulanya Baginda telah membenarkannya, tetapi kemudiannya Baginda menarik balik kebenaran tadi setelah Baginda mengetahui bahawa si buta tadi dapat mendengar seruan azan solat yang dikumandangkan di masjid.


Situasi pertama:


"Nizam,gi surau!!!"jerit kakak pertama

"Jap"sahut si adik

"Nizam,ummi suruh gi solat kat surau."laung kakak kedua

"Nak gi la nih"balas Nizam dengan nada selambanya

Beberapa ketika,kakak ketiga pula menyambung"Eh,x gi solat lagi?Cepatla gi,dah lama dah azan"


Begitulah situasi yang berlaku kat rumah kitorang semasa baru berpindah ke Sek 7,Shah Alam.Kedudukan surau yang begitu dekat dengan rumah,memudahkan kami sekeluarga terutamanya ayah dan adik lelaki saya untuk solat berjemaah.


Ramai juga remaja lelaki di sekitar kawasan rumah saya yang rajin ke surau menunaikan solat berjemaah.Berat rasanya utk bercerita tentang solat jemaah ini memandangkan saya amat jarang menunaikan solat jemaah setelah menjejakkan kaki di tahun pertama.Hanya apabila ayah suruh atau terdapat ceramah/tazkirah ,insyaallah saya akan turun ke surau.


Situasi kedua:


"Razak,rumah ko dekat ngan surau,tapi tak pegi surau"komen Nizam kepada kawannya di talian telefon.

Ummi membalas"Hish,x baik cakap macam tu kat anak orang."

Adik saya pernah tanya kat mak saya apa hukumnya org yang rumah dekat ngan surau,tp x nak gi solat jemaah .any conclusion??Dia pernah tegur kawan die yang tak gi solat jemaah.Such a brave boy.Sekarang adik saya dah rajin skit drpd dulu pergi ke surau.Kawan-kawan dia pun rata-ratanya rajin pergi ke surau utk solat berjemaah.


Masyaallah, kanak2 seusia diorang sungguh bertuah telah didedahkan dengan solat berjemaah.Alhamdulillah.Didikan yang berterusan pada usia kanak-kanak selalunya berjaya memupuk budaya cintakan masjid. Sebab itu, ada kejayaan sekolah-sekolah berasrama dalam membentuk remaja yang kekal solat berjemaah di masjid atau surau.


Majoriti umat Islam di negara kita menunaikan solat. Apa yang kurang diamalkan ialah solat berjemaah. Kita sering lihat orang Islam solat di pasar raya semasa membeli-belah, di kawasan rehat dan rawat lebuh raya dan juga di lapangan terbang.


Sayangnya, mereka pilih untuk solat bersendirian sedangkan solat berjemaah itu pahalanya 27 kali ganda berbanding solat sendirian. Tambahan pula, solat berjemaah itu hukumnya fardu kifayah.


Kalau kita lihat masyarakat Islam dahulu, mereka berkorban untuk mengimarahkan masjid dan surau. Masjid dahulu kedudukannya agak jauh dari rumah dan hanya menggunakan pelita atau lampu ayam. Orang tua-tua dahulu pun majoritinya tidak mempunyai kenderaan tetapi mereka tetap berusaha datang berjemaah.


Kini majoriti kita lebih mewah berbanding masyarakat dulu. Masing-masing mempunyai kenderaan baik motosikal atau kereta. Jadi, tiada alasan untuk kita tidak ke masjid solat berjemaah. Malah, Allah juga telah berjanji bahawa setiap sen yang dibelanjakan untuk jalan-Nya akan diganti.


Lagipun, kalau bersendirian, adakalanya datang rasa malas untuk solat pada awal waktu. Sebaliknya apabila berjemaah bukan sahaja kita solat di awal waktu tetapi kita juga lebih khusyuk. Selepas solat, kita boleh pula melakukan ibadat sunat yang lain seperti solat sunat atau membaca al-Quran.


http://syahidahroslam.blogspot.com/

2 Responses
  1. Anonymous Says:

    Artikel yg menarik.
    InsyaAllah, sama2 kita mulakan usaha untuk berjemaah di mid valley, stesen minyak atau mana2 surau insyaAllah..

    (maka bersedialah utk menjadi imam :) insyaAllah)


  2. Anonymous Says:

    betul2....

    mereka tau solat berjemaah tu byk pahalanya, digandakan 27 kali ganda...

    tapi apesal diorg still tak solat berjemaah yer??? pelik la tgk mereka...

    ehm....

    nsht utk sy jugak...


    ....LOGO RASMI....

    ....LOGO RASMI....

    SAF KEPIMPINAN

    Sampaikan Salam


    ShoutMix chat widget

    Penyelia Penasihat

    Penyelia Penasihat
    En Mat Zaid Bin Hussein

    Pengerusi

    Pengerusi
    Suhail Anwar B
    Mohamed Nor

    Timb. Pengerusi

    Timb. Pengerusi
    Mohd Hasyim Harun

    Setiausaha

    Setiausaha
    Tunku Aisyah Tunku Mat

    Bendahari

    Bendahari
    Nursyahida Abd Rashid

    PP Pengisian & Pengimarahan

    PP Pengisian & Pengimarahan
    Awang Abdullah
    Abdul Razak

    TPP Pengisian & Pengimarahan

    TPP Pengisian & Pengimarahan
    Nurul Izyan Zainuddin

    PP Publisiti & Informasi

    PP Publisiti & Informasi
    Luqman Hakim
    Muhd Fadzir

    TPP Publisiti & Informasi

    TPP Publisiti & Informasi
    Nurul Syahidah Roslam

    PP Dana & Kebajikan

    PP Dana & Kebajikan
    Ahmad Azhari Nordin

    TPP Dana & Kebajikan

    TPP Dana & Kebajikan
    Adibah Dzulkifli

    PP Domestik & Teknikal

    PP Domestik & Teknikal
    Ahmad Fadhlul Hadi Abdul Hamid

    TPP Domestik & Teknikal

    TPP Domestik & Teknikal
    Liyana Syazwani Abdul Razak

    PP Pengurusan Surau

    PP Pengurusan Surau
    Mohd Syahir Bin Lokman

    TPP Pengurusan Surau

    TPP Pengurusan Surau
    Norsaima Ismail


    Followers