Sesat Di Dunia

Kenapa kini kita manusia terkejar-kejarkan dunia hingga terabai agama?Adakah kita lupa?


Memang diakui dunia itu masih dalam keperluan kita...Nabi sallallahu alaihi wasallam sendiri masih mengisi keperluan dunianya tetapi tidak sampai mengabaikan akhirat. Masih ada satu lagi kehidupan yang kekal iaitu akhirat yang Allah janjikan balasannya, amatlah indah jika cukup amalan kita. Pernah saya terbaca, jika kita memasukkan kehebatan dunia maka tercabutlah kehebatan Allah dari hati kita.


Astaghfirullahalazim.


Bukanlah bertujuan untuk meminta kita terus meninggalkan segala urusan dunia tetapi wajar kita iringi urusan dunia itu dengan urusan akhirat. Kita perlu mengadaptasikan agama itu dalam kehidupan. Kita tidak dapat memisahkan kedua-duanya jika kita mahu keselamatan di akhirat kelak.


Adakah bergetar hati kita jika disebutkan kalimah Allah di hadapan kita? Adakah mengalir airmata kita jika dibacakan segala kisah perjuangan dan jerih payah mereka,para sahabat dalam menyampaikan agama?

Tetapi bagaimana pula jika didengarkan lagu-lagu yang syahdu?


Putus cinta?
Jatuh cinta?


Pasti terbuai-buai hati kita terasa seperti lagu tersebut menceritakan kisah kita sehingga adakalanya menitiskan air mata.


Bagaimana kita terleka dari mengingati mati?
Bagaimana kita terleka dari mengingati akhirat?
Bagaimana kita boleh meletakkan dunia itu matlamat pertama?
Jawapannya,muhasabah diri kita kembali...

Adakah kita sering berfikir tentang kebesaran Allah?
Adakah kita sering menceritakan kebesaran Allah?
Hati itu memerlukan makanan rohani. Apakah makanan rohani kita?


Pelbagai amalan yang boleh kita lakukan,contohnya membaca Al Quran. Al Quran itu ibarat setitis air yang apabila dititiskan dari hari ke hari ke atas batu maka berlubanglah ia. Begitu jua Al Quran, jika dibaca sentiasa maka, akan mendapat nur hati kita dengan izin Allah.


Kadangkala, apabila kita berkumpul bercerita tentang kebesaran Allah,bukan saja tujuan kita untuk menyampaikan tetapi jua memberi peringatan kepada diri sendiri.Syaitan akan sentiasa menggoda kita hingga ke akhir kalam.

Mengucapkan kalimah syahadah itu begitu mudah bukan? Tetapi apabila di akhir kalam, syaitan semakin kuat menggoda kita supaya lalai mengucapkan kalimah itu. Jadi, bukanlah semudah yang disangka untuk mengucapkan kalimah itu.Barangsiapa dapat mengucapkan kalimah itu di akhir kalamnya, maka wajiblah syurga baginya.


Tetapi bagaimana jika kehidupan selama ini kita biarkan nafsu dan syaitan menguasai hati dan tiba saja di akhir kalam kita mahu mengucapkannya? Mungkin terjadi dengan izin Allah tetapi segala penentu di akhir hayat kita ialah sebanyak mana amal kita dan bagaimana iman kita. Itulah segala penentu di akhirat kelak yang memang pasti muncul dalam beberapa ketika kita hidup di dunia...


Sama-samalah kita muhasabah diri,ambillah beberapa saat yang ada untuk merenung sedalam-dalamnya keadaan kita di dunia sebelum dipindahkan ke alam yang kekal abadi.


Hisablah dirimu sebelum kamu dihisab kelak, dan timbang-timbanglah amalan kamu sebelum kamu ditimbang kelak...

2 Responses
  1. Anonymous Says:

    salam
    thanx for d reminder! ;)


  2. Anonymous Says:

    kita perlu sentiasa diingatkan....


    ....LOGO RASMI....

    ....LOGO RASMI....

    SAF KEPIMPINAN

    Sampaikan Salam


    ShoutMix chat widget

    Penyelia Penasihat

    Penyelia Penasihat
    En Mat Zaid Bin Hussein

    Pengerusi

    Pengerusi
    Suhail Anwar B
    Mohamed Nor

    Timb. Pengerusi

    Timb. Pengerusi
    Mohd Hasyim Harun

    Setiausaha

    Setiausaha
    Tunku Aisyah Tunku Mat

    Bendahari

    Bendahari
    Nursyahida Abd Rashid

    PP Pengisian & Pengimarahan

    PP Pengisian & Pengimarahan
    Awang Abdullah
    Abdul Razak

    TPP Pengisian & Pengimarahan

    TPP Pengisian & Pengimarahan
    Nurul Izyan Zainuddin

    PP Publisiti & Informasi

    PP Publisiti & Informasi
    Luqman Hakim
    Muhd Fadzir

    TPP Publisiti & Informasi

    TPP Publisiti & Informasi
    Nurul Syahidah Roslam

    PP Dana & Kebajikan

    PP Dana & Kebajikan
    Ahmad Azhari Nordin

    TPP Dana & Kebajikan

    TPP Dana & Kebajikan
    Adibah Dzulkifli

    PP Domestik & Teknikal

    PP Domestik & Teknikal
    Ahmad Fadhlul Hadi Abdul Hamid

    TPP Domestik & Teknikal

    TPP Domestik & Teknikal
    Liyana Syazwani Abdul Razak

    PP Pengurusan Surau

    PP Pengurusan Surau
    Mohd Syahir Bin Lokman

    TPP Pengurusan Surau

    TPP Pengurusan Surau
    Norsaima Ismail


    Followers