Maulidur Rasul 1430: Menyelusuri Kegemilangan Islam



Walaupun hari keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. diisytiharkan sebagai cuti umum di negara ini, sambutannya tidak berakhir pada hari tersebut semata-mata. Namun, perkara yang lebih utama untuk kita sama-sama fikirkan ialah bagaimana untuk menyemai nilai-nilai yang dipelajari daripada kisah-kisah kehidupan Rasulullah s.a.w. dalam diri kita, setelah berakhirnya segala acara sambutan Maulidur Rasul bagi sesuatu tahun tersebut?


Junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. dilahirkan di tengah-tengah kemelut jahiliah yang berleluasa di kalangan masyarakat Arab Quraisy yang begitu terkenal dengan amalan kehidupan yang amat syirik dan sesat, mungkar dan maksiat, serta fahsya dan fasad.


Bermula daripada pemurnian akidah, syariat dan akhlak di kalangan kaum Quraisy; penghijrahan umat Islam terawal ke negeri Habsyah dan kota Yathrib bagi mempertahankan iman dan Islam; jihad fi sabilillah dalam siri peperangan yang berlaku antara kaum Muslimin dengan Musyrikin; terdirinya pemerintahan Islam yang pertama di Madinah al-Munawwarah; hinggalah membawa kepada pembukaan semula kota Mekah al-Mukarramah yang diambil alih penguasaannya daripada kaum Musyrikin Quraisy.


Seterusnya, risalah baginda Rasulullah s.a.w. telah tersebar luas ke seluruh Semenanjung Arab, merentasi Afrika Utara dan sebahagian benua Eropah di timur dan barat, melangkaui sempadan empayar Rom Byzantine. Begitu juga di timur benua Asia, dakwah Islamiah akhirnya melenyapkan sisa-sisa runtuhan kerajaan Parsi, menguasai benua kecil India, menjejaki sempadan China, dan akhirnya tiba di gugusan Kepulauan Melayu di Nusantara.



Rentetan sejarah tersebut telah membawa kepada tertegaknya Khalifah Islamiah yang silih berganti selepas zaman pemerintahan Khulafa ar-Rasyidin, bermula daripada Dinasti Ummaiyah di Damsyik, seterusnya Bani Abbassiah yang berpusat di Baghdad, hinggalah berakhir pada zaman kerajaan Turki Uthmaniah pada tahun 1924. Manakala di seluruh pelosok wilayah pemerintahan umat Islam yang lain terutamanya di Asia Timur, pengaruh kesultanan Islam akhirnya terpaksa tunduk kepada kuasa kolonial Barat yang datang menjajah, termasuklah Kesultanan Melayu Melaka yang tamat pada 1511.


Runtuhnya kekhalifahan dan kesultanan Islam itu turut melambangkan berakhirnya era peradaban Islam yang diperakui amat tinggi nilainya dan telah menguasai persada dunia dengan gilang-gemilang selama tiga belas abad. Lenyapnya Khalifah Uthmaniah yang dianggap sebagai pewaris terakhir pemerintahan berkhalifah seterusnya menyaksikan pewujudan negara bangsa yang terbina daripada bekas wilayah jajahan yang diberikan status kemerdekaan oleh kuasa kolonial.


Persoalannya sekarang, bagaimana harus kita bangunkan peradaban Islam kembali ke zaman kegemilangannya setelah negara dan umat Islam berada pada kedudukan yang amat lemah setelah dijajah selama ratusan tahun, sedangkan umat yang lain telah jauh meninggalkan kita dalam segenap bidang kehidupan dan ilmu pengetahuan?


Sebagai umat baginda, perkara pertama yang perlu difahami secara bersama ialah kita harus melihat model Rasulullah s.a.w. sebagai satu-satunya ikutan yang terbaik bagi umat Islam sepanjang zaman, seperti mana firman Allah s.w.t.:


Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang). (Al-Ahzaab:21)


Perkara kedua, melalui penghayatan terhadap maksud ayat tersebut, kita seharusnya mencontohi sifat-sifat Rasulullah s.a.w. sebagai perkara yang perlu ada pada diri setiap individu Muslim; iaitu siddiq (benar), amanah (jujur), tabligh (menyampaikan) dan fathanah (bijaksana).


Sifat-sifat ini sekiranya diamalkan dalam segala urusan seharian, akhirnya akan membawa kepada pembentukan keperibadian Muslim yang unggul lagi sejati.

0 Responses

    ....LOGO RASMI....

    ....LOGO RASMI....

    SAF KEPIMPINAN

    Sampaikan Salam


    ShoutMix chat widget

    Penyelia Penasihat

    Penyelia Penasihat
    En Mat Zaid Bin Hussein

    Pengerusi

    Pengerusi
    Suhail Anwar B
    Mohamed Nor

    Timb. Pengerusi

    Timb. Pengerusi
    Mohd Hasyim Harun

    Setiausaha

    Setiausaha
    Tunku Aisyah Tunku Mat

    Bendahari

    Bendahari
    Nursyahida Abd Rashid

    PP Pengisian & Pengimarahan

    PP Pengisian & Pengimarahan
    Awang Abdullah
    Abdul Razak

    TPP Pengisian & Pengimarahan

    TPP Pengisian & Pengimarahan
    Nurul Izyan Zainuddin

    PP Publisiti & Informasi

    PP Publisiti & Informasi
    Luqman Hakim
    Muhd Fadzir

    TPP Publisiti & Informasi

    TPP Publisiti & Informasi
    Nurul Syahidah Roslam

    PP Dana & Kebajikan

    PP Dana & Kebajikan
    Ahmad Azhari Nordin

    TPP Dana & Kebajikan

    TPP Dana & Kebajikan
    Adibah Dzulkifli

    PP Domestik & Teknikal

    PP Domestik & Teknikal
    Ahmad Fadhlul Hadi Abdul Hamid

    TPP Domestik & Teknikal

    TPP Domestik & Teknikal
    Liyana Syazwani Abdul Razak

    PP Pengurusan Surau

    PP Pengurusan Surau
    Mohd Syahir Bin Lokman

    TPP Pengurusan Surau

    TPP Pengurusan Surau
    Norsaima Ismail


    Followers