Bismillah...
Alhamdulillah, hari ini, tanggal 12 Rabiulawal 1430 H, bersamaan 9 Mac 2009, majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Universiti Malaya telah berlangsung. Majlis berlangsung dengan meriah, dan dalam keadaan terkawal tanpa perlu ada kawalan daripada FRU apatah lagi gas pemedih mata :) . Yang ada ialah kawalan daripada pihak keselamatan UM, terima kasih kerana menjaga keselamatan kami sepanjang program terutamanya ketika berarak...
Balai Islam ASTAR tidak ketinggalan untuk menyertai perarakan Maulidur Rasul yang sememangnya meriah, diiringi pula laungan selawat yang bergema memecah keheningan UM seawal jam 9.00 pagi. Berjumlah 24 orang, kami bergerak ke DTC sekitar jam 8.15 pagi... Yang lain, mungkin ada yang balik, jadi tidak dapat menyertai. Harapnya, pada tahun depan, penyertaan akan lebih bertambah dan lebih meriah, mungkin.
Program yang dianjurkan oleh MPMUM tersebut bermula di hadapan DTC, kami para pelajar yang akan menyertai perarakan tersebut, berkumpul untuk sesi taklimat, dan bacaan doa. Kira-kira jam 9.00 pagi, kami mula berarak daripada DTC menuju ke KPS sambil berselawat ke atas nabi junjungan mulia, Rasulullah SAW. Bukan untuk menyerahkan memorandum, tetapi sekadar berselawat, moga2 rasa cinta dan kasih kepada Rasulullah akan terus bertambah. Hujan yang turun renyai-renyai sedikit pun tidak menggangu kami, hujan rahmat hendaknya...
Setengah jam kemudian, kami tiba di KPS, Gazebo. Majlis perasmian dimulakan sekitar jam 10.15 pagi sebelum berlangsungnya Forum Perdana Ehwal Islam yang membicarakan mengenai Maulidur Rasul. Forum yang menarik tersebut telah disampaikan oleh Ustaz Khairul Nizam dan Ustaz Anuar Ridhwan. Antara lain, forum tersebut turut membincangkan mengenai pengaplikasian sunah nabi selain menghayati sirah nabi Muhammad SAW.
Majlis berakhir kira-kira jam 1.10 tengah hari. Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat UM pada pandangan berlangsung dengan jayanya. Tetapi masalah-masalah teknikal menyebabkan majlis tersebut terganggu. Tahniah diucapkan kepada jawatankuasa pelaksana yang telah menganjurkan program tersebut. Moga program-program seperti ini, majlis ilmu terutamanya, perlu terus diadakan dari semasa ke semasa.
Jika kita lihat sekarang, terlalu banyak program hiburan berbanding dengan program berbentuk keilmuwan. Tetapi, sejak akhir-akhir ini, saya dapat lihat, program-program ilmu semakin berkembang di bumi bertuah UM ini. Tetapi ternyata, budaya hedonisma telah sebati dengan jiwa kita, yang katanya intelek. Mereka lebih suka berhibur daripada berada di dalam majlis ilmu. Jika diri sentiasa bergelumang dengan hiburan sana sini, bagaimana agaknya hendak melahirkan pemimpin?
Diakhirnya, sempena 12 Rabiulawal ini, ingatan kita sepatutnya akan tertumpu kepada hari kelahiran baginda SAW. Namun perlu diingat, bukan setiap kali 12 Rabiulawal sahaja barulah kita hendak berselawat ke atas nabi, mengingati baginda, ia perlu sentiasa dilakukan, berterusan, sebagaimana kita mengingati Allah, setiap masa, setiap detik...INSYALLAH...
*gambar akan di upload kemudian...

Post a Comment