Bacalah untuk peringatan semua... (termasuklah diri sendiri)
Saya memang dah lama nak suarakan rasa terkilan dan musykil di hati ni. Lupakan lah sebentar tentang saudari2 kita yg masih tak dapat "seru" memakai tudung tapi yg kita nak saya tulis ni ialah yg pasal trend memakai tudung dan tutup aurat itu sebenarnya.. sudah tidak selari .... dah lari dari matlamat dan kehendak Islam itu sendiri..
Sekarang ni kalau nak compare dgn era 80's alhamdulillah dah ramai wanita remaja memakai tudung. Fenomena memakai tudung bukan hanya dapat dilihat di sekolah ,IPT , pejabat di kilang 2 pun majority pekerjanya wanitanya memakai tudung , bukan hanya beraneka corak malahan beraneka fesyen pula tu.. dapat kita perhatikan sebegitu ramai makcik2, cik kak2, adik2 kita yg bertudung dikepala tak kira le tahap mana education background nya.
Beginilah isi surat saudara tu...
1. Tudung ikat reben kat bawah dagu , tak melepasi pun dada yg sewajibnya dicover sebagaimana yg tersebut jelas didlm al-Quran (sila rujuk an-Nuur :31 & Hadith riwayat Abu Daud ). Kadang2 tu main ikat cincai aje , ala-ala nyonya yg jual buah atau cam nak pergi noreh getah!
2. Pakai tudung , tapi ada jambul sikit terkeluar (entah laah "ter "atau sengaja..) ni masa saya kat UK dulu summer season ramai mek2 salleh pose cam ni , artis bollywood pun ada saya nampak kat paper wearing like this e. g., Madhuri Dixit, Manisha Koraila ,.. gaya model time fesyen show ...
3. Bermini telekung , tutup dada tapi pakai baju tight , singkat lak tu biasanya digayakan dgn jeans punggung nampak sendat.. kalau angkat tangan sikit mesti dapat tengok perut sikit.. silap2 pusat sekali kalau ader rezeki.....
4. Bermini telekung (3-segi ),tapi pakai t-shirt lengan pendek lengan/tangan kasi orang tengok ... kita tutup rambut yg hitam , tapi tangan /lengan yg putih melepak tu kita dedahkan..
5. Pakai tudung elok tapi pakai gaun/ kebaya sendat siap dgn kain belah belakang/belah kat sisi.. bila jalan lengang-lenggok ditiup angin.., melintas jalan.. siapa nak jawab tu...
6. Pakai tudung labuh , tutup dada berfesyen jubah tapi mak datuk lipstik pun.. punyalah merah menyala , siap dgn eye-shadow , mascara sekali... touch-up sana , touch -up sini dan kasut highheel lagi.. bertudung dan berhias2 (bertabarruj) di khalayak ramai , yg bukan muhrim ,di tempat kerja ,bus-stop etc.... sila rujuk
(al-Ahzab: 33 ) boleh gitu ?
7. Pakai tudung sempoi (ikat reben ) dikenakan dgn baju gaun aras lutut..(gaun mengandung) kepala tutup , betis nampak... ooo... saya kalau terserempak malas nak toleh sekali lagi.. sebak !!!!
8. Pakai tudung , cantik rambut tak nampak walau sehelai pun tapi kenapalah nak selempangkan ke kanan dan ke kiri bahu ...
9. Pakai tudung trend busana muslim , siap kerongsang/ brooce sana-sini, siap touch-up muka kasut , beg , tas tangan -mesti kena match nak pi kerja , kenduri kahwin , seminar ,etc.. siap dgn accessories gelang, rantai labuh , cincin penuh jari... etc yg ni pun lebih kurang yg no. 6 bertabarruj/ berhias-hias kpd yg bukan muhrim walau pun dah menutup kepala/rambut.
Betul... di era 80's dulu tak ramai kita nampak wanita bertudung tapi satu (bertudung ) di antara sepuluh yg tak bertudung tu menepati ciri menutup aurat sebagaimana dlm al-Quran. Mak cik saya dah bermini-telekung stail ni pada tahun 1982, dia student UM dan saya berusia 8 thn time tu. Alhamdullilah , dia istiqamah sehingga (dah beranak-pinak pun..)dan tak pernah change pun stail bertudung.. warna tudung biasanya hitam , putih , biru tak match pun dgn baju. Mini-telekungnya berjahit bukannya berpinkan brooce /kerongsang..
Ustaz /ustazah dah ajar masa sekolah dulu aurat wanita keseluruhan badannya kecuali muka dan tapak tangan. sometimes officemate kita yg non-muslim pun confused diaorg ada tanya pakai tudung cara yg mana yg paling betul dan tepat as Islamic Rules. Kenapa ramai sgt wanita Islam kini pakai tudung pun tak standard (tak ikut standard al-Quran) tapi ikut standard fesyen terkini kot! -sbb dah ada yg kata kalau tutup semua, tak apply lipstick, tak dak yg nak pandang, susah lah nak dpt jodoh.... bab ni saya tak dpt nak kata apa dah.... ada pulak officemate (wanita Islam ) yg tanya depan non- muslim " semlm aku nampak ada perempuan sembahyang kat surau Kotaraya langsung tak pakai telekung, dia pakai baju dan tudung yg dia pakai tu aje.." Kita pun tanya "baju cam na, tudung cam na
Dia pun terpinga-pinga, cam tak satisfied pulak dgn jawapan kita. So ,bab bertudung ni jgnlah kita mendabik dada kata yg bila kita dah tutup kepala maknanya kita dah menutup aurat dah... sometimes saya perhatikan yg tak bertudung pun tak seberani segelintir yg bertudung memakai baju tight ikut bodycut ..(gi lah kat shopping complex.. sure terjumpa punya ) entahlah kalau dlm bab bertudung dan tutup aurat ni kita dah main ikut nafsu/rasa, dan mungkin nak nampak glamour sikit.. canm na la kita nak tegakkan Islam as Ad-Din, the way of life.. sdg Islam itu cukup indah jika dihayati... bukan main ambil separuh2 yg kita suka ... no wonder lah ada satu hadith Rasulullah lebih kurang begini maksudnya:- Akhir zaman nanti umat Islam tu memang le ramai tapi kesemuanya seperti buih-buih di lautan!
Wallahualam….
Kiriman:
Hasnah
hurm, memang dah jadi trend begini sekarang.
entahlah erk, nak bg comment camne susah jugak. sebab saya juga salah seorang dari yang disebut tue. susah nak berubah.
perlukan kekuatan dan azam.
namun nak meluahkan rasa kecewa dengan sikap gadis2x yang sangat meringankan aurat.
buka tudung suka2 hati, tiba2x erk masa pergi 'MAJLIS" tak pakai tudung pulak, seksi lagi.lepastu dah abes, erk pakai balik.
saya memang tak paham jenis orang macam nie. mana pergi mentaliti nya. if nak pakai kejap2x, buka terus.
semakin ramai yang meringan2 kan aurat. slumber jerr tutp bahagian rambut jerr kat kepala, leher ngan tangan biar jerr camtue. tudung pon jarang,dah nampak rambut. jadi apa guna pakai tudung kan.
ntahlah pening jugak, memang saya bukanlah seorang yang bertudung labuh atau memakai baju yang longgar. namun saya masih lagi menutup rambut dan aurat di bahagian yang sepatutnya.
saya mengakui.
tapi saya tahu itu kesalahan, saya cuba berubah, tapi sikit demi sikit.
tapi saya masih tak paham mengapa nak pakai tudung if nak tunjukkan leher, tudung jarang, or biler "MAJLIS" besar nak buka aurat. entahlah macam mana pemikiran mereka. saya betul2x tak paham.
semoga Allah menunjukkan jalan yang lurus.
-Cahaya Keharumanku-
betul... setuju dgn chy keharumanku...
saya ingatkan sy lelaki, lelaki je tak phm dgn perangai sesetengah (bukan semua) org pompuan yg jenis mcm tu... rupenyer kalangan org perempuan tak phm jugak ehm.... masalah ni...
ape pun sy memang pelik tgk jenis kaum hawa yg macam tu... tutup aurat macam tutup ape sy tak tau la...
teragak nak tutup, die tutup, nak bukak, bukak jer... tak rase bersalah... atau mungkin diorg rase bersalah, tp ... ntah lah... ish susah nak cakap...
betul2... pergi certain2 majlis yg tak berape nak 'majlis' tetibe je tutung hilang, tak pasti adakah mendpt khidmat buat rambut percume, itu adalah punca atau else... ehm...
memang pelik n kelakar n sedih tgk kaum yg seagama macam tu...
nasihat kepada diri sendiri juga...
bersama2 lah kita berubah, mg hari ini lebih baik drpd semalam... eminn..
TIPS utk berubah-
1-KAWAN
pilih kwn2 yg sering menasihati kita, supaya kita tdk lalai ktk berbuat maksiat
2-SUASANA
rajin2lah ke surau bukan ke mid valley, dengar tazkirah insyaAllah akan dpt kefahaman.
3-TARBIYAH
pengisian usrah secara berkala, kerana apa?krn iman msia turun dan naik.kita lemah.blh jadi hari ini kita pelik knp sekejap bukak skejap pakai.tapi mungkin kita jadi begitu kemudian hari.maknanya,perlu ada pengisian rohani yg MENDIDIK jiwa...
docyuana@yahoo.com